Apa itu backup? Backup adalah proses membuat salinan pada fail-fail
dan dokumen-dokumen anda.Salinan tambahan ini dibuat sebagai langkah
berjaga-jaga, kerana siapa tahu, esok lusa Windows anda akan rosak dan
tidak berfungsi. Atau mungkin anda secara tidak sengaja terbuang
data-data anda yang berharga. Proses mengembalikan semula data yang
hilang dipanggil sebagai restore.Adakah backup penting? Sudah tentu! Bayangkan foto-foto yang anda telah simpan bertahun-tahun, atau tugasan-tugasan universiti anda sepanjang semester, tiba-tiba hilang akibat serangan virus. Bagi syarikat-syarikat, ketiadaan backup boleh mengakibatkan kerugian yang amat besar.
Backup boleh dibuat secara manual, iaitu copy dan paste sahaja fail-fail anda ke dalam hard drive yang lain. Terdapat juga cara yang mudah untuk backup satu partition atau har drive, contohnya dengan menggunakan perisian seperti Symantec Ghost atau PING.
Sebenarnya memang susah nak mendidik pengguna komputer untuk membuat backup pada data-data mereka. Tunggulah sampai kena sendiri, baru sedar betapa penting Backup ini.
